Zarith Idris - Lessons From Life
  • Home
  • About
  • Contact Me
  • Home
  • About
  • Contact Me
No Result
View All Result
Zarith Idris - Lessons From Life

HARGAI PERPADUAN DI NEGARA MALAYSIA

Zarith Idris by Zarith Idris
August 1, 2025
in Art, Lifestyle
0
HARGAI PERPADUAN DI NEGARA MALAYSIA
Share on FacebookShare on Twitter

 

Tatkala banyak tempat di serata dunia yang menghadapi konflik bersenjata dan peperangan sehingga menyebabkan kematian ribuan rakyat mereka, kita di Malaysia masih bertuah menikmati keamanan.

Kita seharusnya bersyukur atas nikmat ini. Mungkin kerana kita tidak bertarung nyawa mengelakkan diri dari bom, ada dalam kalangan kita yang sengaja mengapi-apikan isu sehingga menegangkan perhubungan etnik berbeza di negara kita.

Semoga Allah SWT terus melindungi negara kita dan memberi kita kedamaian serta perasaan kasih sayang di antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia.

Ingin saya kongsikan semula nukilan yang pernah saya utarakan pada tahun 2018.

—

“PENGHARGAAN KEPADA EMPAT LELAKI INDIA WARGA MALAYSIA YANG TELAH MENJAGA KELUARGA KAMI“

Tiga tahun lalu, pada 5 Disember, anakanda saya, Jalil, mangkat. Kami sekeluarga berasa amat sedih dengan kehilangan anakanda yang kami kasihi. Tahun ini, kami masih merasa dukacita ditambahi pula dengan kesedihan kerana berlakunya sikap tidak bertolak ansur dan salah faham antara kaum.

Dengan rusuhan yang berlaku di tapak kuil India di Subang Jaya baru-baru ini, di mana seorang ahli bomba Melayu cedera dengan serius dan ketegangan kaum yang meletus selepas itu, saya terfikir mengenai rakan kenalan dan kakitangan bangsa India yang sering berada dalam kehidupan seharian kami sekeluarga :

Yang saya teringat adalah Dato’ Subramanyam Balan dan Dato’ Singaraveloo – doktor yang merawat keluarga kami. Mereka adalah sebahagian daripada pasukan perubatan yang membantu menjaga Jalil semasa Jalil menjalani rawatan kanser.

Selama bertahun-tahun, apabila suami atau anak-anak saya sakit pada pertengahan malam, salah seorang daripada dua doktor inilah yang akan tergesa-gesa datang untuk merawat kami. Mereka tidak mengira kekerapan atau waktu – sama ada sebelum tengah malam atau 3 pagi, mereka tetap mengunjungi kami.

Apabila Jalil telah dikenalpasti mengidap kanser hati, kami dan Jalil merasa amat selesa dengan penjagaan kedua-dua doktor ini. Kerana menjadi kelaziman mereka sering merawat kami semasa Jalil masih kecil, wajah mereka merupakan wajah mesra yang dipercayai oleh kami dan Jalil untuk menjaganya ketika sakit. Apabila Jalil menarik nafas terakhirnya, Dato’ Balan yang melihat waktu dan mengesahkan masa kemangkatannya.

Seorang lagi adalah Mohan: apabila anak sulung kami, Tunku Mahkota Johor, hanya berumur satu tahun, Mohan yang menjaganya ketika suami saya bersukan luncur air di Stulang Laut. Malah, Mohan mengajar semua anak saya berenang. Dan setiap kali mereka mahu berenang, Mohan akan menjaga mereka dan berada di dalam air dengan mereka selama berjam-jam.

Mohan menjadi jurulatih berenang, teman bermain mereka dan “pengasuh” mereka.

Apabila anak-anak saya masih kecil, dan jika suami saya bertugas di luar kawasan, saya akan meminta Mohan untuk tinggal di rumah kami kerana saya khuatir untuk berada di rumah yang berpenghuni hanya kanak-kanak dan pembantu wanita. Mohan tidak akan tidur sehingga kakitangan lain datang untuk bekerja pada waktu pagi. Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Mohan untuk menjaga kami anak-beranak dengan baik.

Manakala, Dato’ Sugumaran yang bertugas sebagai aide-de-camp (ADC) suami saya. Beliau menunjukkan kasih sayang dan kesetiaannya kepada suami saya. Beliau sentiasa jujur dan ikhlas – walaupun ada masanya dimarah oleh suami saya (yang sering terjadi!)

Apabila saya bercuti di England pada tahun 2009, Dato’ Sugumaran yang menjadi sahabat anak bongsu saya – membantu dia memilih epal dari pokok dan memberi makan itik di taman.

Kami suami isteri mempunyai ramai sahabat-sahabat dari pelbagai bangsa.

Tetapi, buat masa ini, kerana berlakunya ketegangan melibatkan kaum India di Malaysia, saya mencoret naskah pendek ini untuk menunjukkan bagaimana kami sekeluarga menghargai perkhidmatan, persahabatan dan kesetiaan keempat-empat orang ini. Ribuan terima kasih dari keluarga saya kepada mereka.


Hasil nukilan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah

 

Tags: perpaduan
Previous Post

Smiles say it all

Next Post

Menyelami Jiwa Yang Derita

Zarith Idris

Zarith Idris

Next Post
Menyelami Jiwa Yang Derita

Menyelami Jiwa Yang Derita

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

No Result
View All Result

About This Blog

Zarith Idris - Lessons From Life

Zarith Idris

Lessons from Life

This blog is managed by the Johor Royal Press Office (RPO) that features a compilation of articles by Her Majesty Raja Zarith Sofiah, Queen of Malaysia.

Future articles written by Her Majesty will also be featured here.

Zarith Idris

Recent Posts

  • Sekolah Sepatutnya Ruang Yang Selamat August 18, 2025
  • Menyelami Jiwa Yang Derita August 1, 2025
  • HARGAI PERPADUAN DI NEGARA MALAYSIA July 22, 2015
  • Smiles say it all July 22, 2015
  • Humanity, Oh Humanity July 22, 2015
  • Home
  • About
  • Contact Me

© Copyright 2025 | All Right Reserved Zarith Idris | This blog is managed by the Johor Royal Press Office (RPO).

No Result
View All Result
  • Home
  • About
  • Contact Me

© Copyright 2025 | All Right Reserved Zarith Idris | This blog is managed by the Johor Royal Press Office (RPO).